7 Sebab Kenapa Seorang Blogger WAJIB ada WLW + Download WLW Disini
apa itu WLW??WLW adalah Windows Live Writer ..satu produk dari windows yang sangat berguna kepada web producer dan jugak blogger..most of blogger2 Malaysia menggunakan draft yang disediakan oleh blogspot,wordpress or others web producer yang mana untuk post atau buat entry ,korang akan gunakan dashboard yang memang dah sedia ada ...kelebihannya..simple..tapi banyak kurangnya...
kita tengok pada blogspot sendiri...hanya ada beberapa jenis word ja yang disediakan dan in case kalau nak buat jadual..tak ada ..
penyelesaianya?
Windows Live Writer…rasanya dah banyak blogger yang buat entry pasal nie..tapi aku nak menambah perisa ja…kot2 masih ada yang still tak tahu application nie wujud kat dunia nie…sekurang-kurangnya bila orang tanya apa tu WLW kita tau la jugak nak menjawab kn..tak la nampak sangat buta IT..haha
kenapa aku cakap WLW nie wajib ada untuk semua blogger?ok jom kita tengok featured dia…menarik
1.semasa kita menaip entry…background preview akan menjadi exactly macam blog theme…so sebelum entry dipublish..korang dah sedia tahu macamna entry tu akan jadi selepas dipublish…WLW akan install blog theme secara automatik semasa internet disambung n simpan setting tu…so kalau in case korang balik kampong tak ada line or broadband tak bayar…still boleh create entry bila2 masa dan disimpan dalam bentuk yang betul-betul akan dipublish nanti..korang jugak boleh preview entry dalam bentuk asal blog walaupon internet tak dak time tu…contohnya macam nie…
gambar kiri ni aku printscreen n paste disini masa internet offline….still can got the real blog theme isn’it?senang kn?tak payah nak tunggu internet ada baru nak buat entry….bila2 pon boleh buat!!
seterusnya
2. bagi dashboard biasa..cuma ada beberapa jenis font ja untuk create entry…dengan menggunakan WLW..semua jenis font yang ada dalam laptop korang kini boleh digunakan untuk create entry dan membuatkan entry lebih menarik dengan font yang bermacam-macam…saiz font pulak boleh diubah-ubah sesuka hati
3. yang menarik tentang memasukkan hyperlink di WLW..cuma perlu copy link..then klik insert hyperlink…automatik window macam gambar diatas akan muncul dan link dah sedia ada..tak payah copy dan paste…masukkan ‘text to be displayed ja’..dan yang lebih menarik…korang boleh settingkan sama ada nak link tu diopen dalam window yang sama atau di new tab..menarik kn??
4. featured yang bermacam-macam..seperti yang dah aku highlightkan warna merah di atas,,,dalam entry korang boleh masukkan table,hyperlink, picture , photo album, video, map, post tag, emoticon dan jugak lain-lain plug-in yang sesuai…hidup makin senang kalau ada WLW nie…
5.kalau di dashboard biasa…masukkan tag tak menarik..tapi di WLW..cuma perlu mark atau create tag baru untuk entry yang ditulis…senang.mudah dan cepat pluz mesra betulll
6. selepas habis menulis entry…ada 3 pilihan yang boleh dibuat oleh penulis…
- Publish terus ke blog…entry terus akan dipublish atau scheduled publish
- boleh post draft to blog..featured nie bermaksud entry yang ditulis di WLW akan terus dihantar ke dashboard dalam bentuk draft…tunggu masa ja untuk dipublish
- boleh simpan di store simpanan WLW atau anda boleh simpan entry yang ditulis dalam laptop masing-masing..yang nie berguna bagi yang ada masalah dengan internet tak ada or tak bayar…bila dah ada connection ja…boleh terus publish ..
7. dan yang terakhir sebelum aku tertinggal…copy gambar ke dalam WLW bukan setakat semudah ABC tapi ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ…sangat-sangat la senang hidup nie…untuk yang nak masukkan printscreen ke dalam entry…cuma ctrl+alt+printscreen then terus paste di WLW..tak payah disimpan di dalam komputer dulu ..setting ni jugak berfungsi untuk copy paste gambar dari blog lain ke dalam entry..cuma right click..copy image dan paste di WLW…senang dan mudah….dan gambar yang dimasukkan boleh diubah saiznya sesuka suki hati..cuma tarik di penjuru gambar (anak panah)…
okay dah cukup 7 sebab kenapa seorang blogger wajib ada Window Live Writer…so cepat2 dapatkan Window live Writer dan Windows Live Essential..boleh klik download dibawah..
Windows Live Writer 2011 (Recommended)
Windows Live Essential 2011